Thursday, 8 October 2015

KESIMPULAN

Melalui pilihan raya yang diadakan dapat dirumuskan serta disimpulkan disini bahawa pilihan raya bukan sahaja penting dari segi praktis demokrasi tetapi perkhidmatan rakyat sebagai pengundi amat penting dalam menentukan kerajaan yang memerintah serta formasi system dan proses keadilan social Negara kita.Rakyat menyuarakan kehendak mereka melalui wakil yang mereka pilih dalam pilihan raya

Parti politik yang memperoehi kerusi terbanyak didewan rakyat atau dewan undangan negeri akan membentuk kerajaan. Jika tidak ada mana-mana parti yang menguasai dewan maka boleh ditubuhkan sebuah kerajaan campuran
Pilihan raya adalah penting kepada semua warga Negara kerana merekalah yang akan menetukan kerajaan.Keputusan pilihan raya menunjukan sikap pengundi terhadap parti yang memerintah dan parti pembangkang.Pembangkang menjalankan fungsi sebagai pemeriksa dan penimbang kepada parti pemerintah.Dengan adanya pilihanraya,samada pilihanraya umum atau kecil rakyat adalah terlibat dan turut serta dalam proses demokrasi Negara kita

Warganegara Malaysia adalah bebas menyertai mana-mana parti politik,diikuti pula dengan penglibatan mereka dalam pilihan raya sebagai pengundi.Dalam sesuatu pilihan raya, pelbagai isu dibangkitkan bagi menyakinkan pengundi supaya menyokong parti yang bertanding.Isu perkauman dan kepentingan Negara adalah dua perkara penting yang mencorakan sejarah kempen pilihanaraya di Negara kita

Wednesday, 23 September 2015

ORANG YANG LAYAK MENGUNDI SECARA POS

  • Anggota tentera 
  • Pasukan polis hutan
  • Petugas-petugas pilihan raya
  • Pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara
  • Pelajar yang menuntut di luar negara serta isteri atau suami masing-masing
  • Kertas undi pos mesti sampai kepada Pegawai Pengurus selewat-lewatnya jam 5.00 petang pada hari mengundi. Prosedur-prosedur yang lengkap telah disediakan untuk menjaga kerahsiaan undi

KELAYAKAN CALON.
  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini
  • Umur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon.
  • Tinggal di negeri-negeri di mana dia akan bertanding

HILANG KELAYAKAN SEKIRANYA 
  •  Tidak siuman 
  • Bankrap
  • Memegang jawatan 'Office of Profit'
  • Gagal kemukakan laporan perbelanjaan piliahn raya
  • Didapati bersalah oleh mahkamah
  • Telah memperoleh kewarganeganegaraan asing 

ELEMEN-ELEMEN PENTING RAYA

  1. BILANGAN KERUSI/KAWASAN 
  • Seseorang calon dipilih untuk dipilih untuk mewakili penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di Parlimen ( pilihan Raya Umum) atau Dewan Undangan Negeri ( Pilihan Raya Negeri) sehingga kini terdapat 219 kerusi Dewan Rakyat ( Parlimen ) dan 567 kerusi Dewan Undangan Negeri.

      2. PERSEPADANAN SEMULA BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA
  • SPR perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang dari 8 tahun.

DEPOSIT

  • RM 10,000 bagi kerusi parlimen & RM 5000 bagi kerusi negeri perlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum hari pernamaan calon.
  • Akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi




PENGGUNAAN SIMBOL
  • Boleh menggunakan simbol parti jika mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan 

Monday, 21 September 2015

FUNGSI SPR

  • Mengkaji dan membuat persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya.
  •  Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan penyemakan daftar pemilih.
  •  Menjalankan pilihan raya umum dan kecil.
  •  Mendaftarkan calon- calon yang bertanding.


SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR)

  •  Ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perlembagaan Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan yang dianggotai 1 pengerusi dan 2 ahli pada ketika itu.
  • Pada tahun 1963 ahlinya ditambah kepada 3 orang manakala pada tahun 1981 ditambah pula timbalan pengerusi dan Encik Abdul Rahman Bin Abu Hassan orang yang pertama memengang jawatan itu.
  •  Pada 2002, keanggotaan SPR ditambah menjadi 7 orang ahli, Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 5 orang ahli termasuk 1 dari Sabah dan 1 dari Sarawak.
  •  Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 3 orang ahlinya dilantik oleh YDPA atas nasihat MRR



Syarat kelayakan ahli SPR:

  • Berumur tidak melebihindaripada 65 tahun
  •  Seorang yang tidak muflis
  •  Tidak memengang jawatan bergaji yang lain
  •  Bukan mana-mana ahli politik dari mana-mana Majlis Parlimen 
  • SPR membentuk sebuah urus setia bagi menjalankan fungsinya yang diketuai oleh setiausaha. Setiausaha yang dilantik H.Cassidy(1957-1958)

JENIS-JENIS PILIHAN RAYA

Terbahagi kepada 2 :

  •  Pilihan raya umum

Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia. Bagi Sarawak dan Sabah pula pilihanraya umum bagi Dewan  Rakyat dan Dewan  Undangan Negeri diadakan secara berasingan.


  • Pilihan raya kecil 

 Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Kekosongan itu berlaku mungki disebabkan hal-hal tertemtu seperti kematian, perletakan jawatan. Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 tahun bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan itu.
© Proses Pilihanraya 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis